[PROMOSI]

4 Nov 2012

Cerita Disertasi dan Maraton


Sudah masuk bulan November. Awal bulan untuk tengkujuh, hujung bulan untuk 2012. Hujung nafas ada sedikit bunyi payah. Telan bulat-bulan semuanya.


Masuk November memang sedikit gilak dan rabak. Setiap petang, langit Bangi asik kelam dengan hujan, asyik basah santak ke malam. Memang stim mata dibuatnya, dek godaan bantal dan selimut suruh aku meneman tidur. Satu hari; ok. Dua hari; ok. Masuk hari ketiga, mula pikir, takkan setiap kali hujan petang aku kena tidur? Sah. Tak syok juga tidur dalam dingin hujan, kalau kerja tak siap. Mampus kalau ada lagi aku sem depan di Bangi nie. 


Ada lagi "belen" 3 bulan sebelum sesi balun orang pensyarah-pensyarah dan supervisorku. 1 lawan 3, mungkin juga 4! Sorang student yang otaknya tak berapa cerdik, nak defend diri sendiri depan otai-otai yang otak masing-masing geliga tak ingat. Erk, mana aku cekau idea ni! Mahu tak mahu, kena perabih keje jugak, mahu tak mahu kena siapkan keje jugak, mahu tak mahu kena balun 24 jam jugak. Masalahnya, larat ke kederat aku nie. (Ketuk dahi pakai hujung jari berkali-kali).


Ingat tak niat awal-awal semester? 


Nah. Ini kasi hang pa ingat lagi.




Marathon. Yup, niat nak join marathon, tak kiralah full marathon ka, half-marathon ka, suku maraton ka, fun marathon ka..yang penting dapat join, dapat t-shirt dan kalau boleh dapat medal sebagai finisher. Hehehe. Malu-malu ayam kejap pikir niat besar kedarat ni. Ini lah last option kot yang boleh aku kenang sebagai student, sebelum kerja selama-lamanya dan cipta impian gila-gila lain. Huhu. cabaran gak tue, nak capai sebelum habis study nie.


Esok cadangnya mau survey kasut jogging. Esok pikirnya mau re-schedule timetable. Sebabnya hujan turun petang jer, maka kena training belah pagi (bangun pun macam subuh gajah, ada hati lagi khenn..). Dan lastly, still not affect my study. Please lah. Tuhan, permudahkan lah urusan aku nak capai skrol tu sampailah mudah beroleh kerja dan rezeki lagi. Moga aku bermanfaat untuk agamaku, untuk keluargaku, dan negaraku. Amin.



p/s: Setiap orang jalannya berbeza...






Tiada ulasan: