[PROMOSI]

Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

4 Nov 2012

Cerita Disertasi dan Maraton


Sudah masuk bulan November. Awal bulan untuk tengkujuh, hujung bulan untuk 2012. Hujung nafas ada sedikit bunyi payah. Telan bulat-bulan semuanya.


Masuk November memang sedikit gilak dan rabak. Setiap petang, langit Bangi asik kelam dengan hujan, asyik basah santak ke malam. Memang stim mata dibuatnya, dek godaan bantal dan selimut suruh aku meneman tidur. Satu hari; ok. Dua hari; ok. Masuk hari ketiga, mula pikir, takkan setiap kali hujan petang aku kena tidur? Sah. Tak syok juga tidur dalam dingin hujan, kalau kerja tak siap. Mampus kalau ada lagi aku sem depan di Bangi nie. 


Ada lagi "belen" 3 bulan sebelum sesi balun orang pensyarah-pensyarah dan supervisorku. 1 lawan 3, mungkin juga 4! Sorang student yang otaknya tak berapa cerdik, nak defend diri sendiri depan otai-otai yang otak masing-masing geliga tak ingat. Erk, mana aku cekau idea ni! Mahu tak mahu, kena perabih keje jugak, mahu tak mahu kena siapkan keje jugak, mahu tak mahu kena balun 24 jam jugak. Masalahnya, larat ke kederat aku nie. (Ketuk dahi pakai hujung jari berkali-kali).


Ingat tak niat awal-awal semester? 


Nah. Ini kasi hang pa ingat lagi.




Marathon. Yup, niat nak join marathon, tak kiralah full marathon ka, half-marathon ka, suku maraton ka, fun marathon ka..yang penting dapat join, dapat t-shirt dan kalau boleh dapat medal sebagai finisher. Hehehe. Malu-malu ayam kejap pikir niat besar kedarat ni. Ini lah last option kot yang boleh aku kenang sebagai student, sebelum kerja selama-lamanya dan cipta impian gila-gila lain. Huhu. cabaran gak tue, nak capai sebelum habis study nie.


Esok cadangnya mau survey kasut jogging. Esok pikirnya mau re-schedule timetable. Sebabnya hujan turun petang jer, maka kena training belah pagi (bangun pun macam subuh gajah, ada hati lagi khenn..). Dan lastly, still not affect my study. Please lah. Tuhan, permudahkan lah urusan aku nak capai skrol tu sampailah mudah beroleh kerja dan rezeki lagi. Moga aku bermanfaat untuk agamaku, untuk keluargaku, dan negaraku. Amin.



p/s: Setiap orang jalannya berbeza...






12 Okt 2012

Mat Runner bermula

alhamdulillah.

Syukur sangat. Sangat bersyukur. Akhirnya dapat juga la nak menulis lepas hampir dua bulan ditinggalkan.- Berkarat.

Nah. Mesti hang pa pelik campur kelakar campur tak paham awat la nama blog nie camni. Haha. Aku pun tak paham kadang-kdang. Susah wo mau cari nama yang sesuai, lagi-lagi kt platform free macam blogspot ni, lagi la sulit nak cari nama yang sesuai dengan hangpa. Last-lat aku bubuh ja nama MAT RUNNER. Simple, senang, dan ada cerita pasal nama ni. Sat lagi aku bitau.





Sebab nya senang. Ini blog baru ank tulis balik, so macam-macam aku pikiaq. Kebetulan pulak aku rancang nak join maraton, tak kisah la full marathon ka, half marathon ka, suku marathon ka, aku tak kira janji aku nak lari jugak sebelum aku jadi tua gilar pastu nyesal pasai time muda-muda takmo join marathon. Hat tu aku takmo nanti. 

Aku letak la nama mat runner pasal apa, dulu aku join sukarelawan, aku bahagian errand atau Liason Assistant. Tugas depa nie dok mcm technical support la. So, aku pi check kamus, apa menatang errand ni..depa describe ala-ala runner la untuk tugas-tugas khas. So, aku concluded, keje aku sebagai runner la..Haha. senang tak cari nama blog? Hang pikiaq la sendiri. Malaih aku nak bagi jawapan.


19 Jun 2012

Wrinkled Day

Until the last word...


Pap! That the status that wrote in my Facebook today. Too many expectations may come out from that statement. Either related to my examination, or about my theses writing, or about my close friend or maybe about the last breath of mine. Too many possibility. 


Nah. Aku tengah serabut macam haram jadah. Macam-macam buat pun rasa tak kena. Last-last buat benda lagha bagi larikan masalah. Then, lega sikit even masalah tetap tak hilang. Sometimes, i just expect the worst things that out of your minds. Naseb baek, aku rasional lagi and tuhan bagi sedar sikit-sikit. Huh. Gila betul aku semalam.




Friend. Yup. Ada kawan memang bagus. Memang gila kalo ko bak hidup kera sumbang. Ade kawan baik, kawan rapat, ada kawan atas kawan dan ada kawan time senang. Untung aku ada ramai kenalan dan kawan. dan ada sikit-sikit kawan baik. Alhamdulillah. Kalo kawan bese-bese jer, aku tak berani nak mintak tolong bukan-bukan. Sebab depa pun ada masalah sendiri, kalo tolong sikit-sikit mungkin la..Lama-lama, taakut depa pun jemu dok layan aku meroyan. So, i just keep you away from my problems. Sori geng, i just need to handle my problems first, then kite leh lepak-lepak minum nescafe  lagi macam dulu-dulu.


So, until my biggest from semester ini yang tak selesai lagi, finally i just share i with my very few closed friends. Ya, masalah tetap tak selesai, at least beban tu tetap akan ringan sikit untuk aku pikir. They give me solutions and options. Untung la ada kawan yang amik kisah, kawan yang tak amik kisah pun aku tak marah sebab aku pun tak mahu orang conscious sangat dengan aku. haha. Stay being anonymous.


Lastly, i know that all the things i  must do is ACTION. The actions from me that will make all those problems disappears. Kawan-kawan pun tak boleh nak tolong kalo aku tak gerak sendiri. You know, sometimes kawan aku pun pening dengan perangai aku ni. Tau ada masalah, tau akibat, tau cara nak buat TAPI TAK MAU BUAT! Luckily, kawan aku tetap bersabar. Huhu. thanks Allah.


Hehe. Maaf kawan-kawan kalo menyusahkan kamu..aku kalo boleh tak mau menyusahkan kamu tapi hidup ini mane boleh sorang-sorang...so..kalaulah aku mampu...




p/s:  Hari ni muke berkerut seribu, hati panas  macam ape ntah. Lastly, siram dgn wuduk baru cool down sikit. Mujurlah..












The Woman I Love



Hanya saat ini aku tersenyum. 

Lihat pada perjalanan dan bakal kesudahan hidup

Itu pasti tidak menentu

Hanya sekilas aku memandang

Sudah cukup memuaskan hati


Tuhan sudah tentukan perjalanan

Kita hanya memegang tadbir

Nun hujung sana banyak cahaya

Mungkinkah sempat melintas dosa


Itu hiasan dunia

Alangkah indah jika dipunya

Punya amanah dibalik pahala

Bukan sebarang beban dibawa


Hai bidadari syurga

Milik siapakah kamu di sana

Teman aku atau siapa

Layakkah kita melangkah sama

Aku ini bukan apa-apa


p/s: jiwa sastera zaman sekolah datang kembali

18 Jun 2012

New Story


Semua orang nak berubah. Jadi baik, jadi sikit-sikit baik, tak pun jadi baik sepenuhnya. Ada ke orang on purpose nak jadi jahat? Tak pasti.



Ini blog ku yang kedua. Blog pertama terpaksa dipendam dan direhatkan perlahan-lahan agar tak rasa terkejut jika dia tiada. Oh, snap!

Sori aku menulis macam nak tulis novel. haha. Standard la orang baru start nak sedar diri. Ayat mula-mula mesti nak ada aura insaf, ye tak? Haha. Sori beb, kerna korang terpaksa beralih ke blog baru ni. Blog lama kena private'kan untuk kebaikan bersama. haha. Skema giler ayat.

Nah. Ini blog harap-harap dapat teruskan gian ku menulis (tesis, dengan harapan) dan kasi kuar semua yang terpendam dan bergejolak dalam hempedu ni. 

So, blog ni is a new stories of mine.


p/s: berapa banyak stories daaa...